Wednesday, July 30, 2014

Pakar strategi tersohor PKR kecewa ... kah kah kah



Kenyataan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Adalah Bersifat Perkauman & Mengkhianati PR
Saya sedih dan kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang AJK PAS Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum. Selepas komunikasi whatsapp dia itu bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.

Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi whatsapp tidak boleh dinafikan lagi:

1. Dia mempertimbangkan untuk PAS keluar Pakatan Rakyat dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang ADUN KEADILAN melompat bersama-sama PAS keluar Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

2. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk menekan bukan Melayu. Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya. Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil JAIS terhadap penganut agama lain setakat ini.

3. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk mengubah persempadanan pilihanraya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu. Ini satu pengkhianatan besar kepada perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih yang dibawa oleh rakyat, BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS selama ini.

Jelas bahawa pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain – seperti berikut:

1. Bercanggah dengan ketetapan muktamar yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno walaupun ada pimpinan PAS yang membawa senario itu

2. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menjunjung keadilan untuk semua kaum dan menolak perkauman sempit

3. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menggariskan langkah-langkah dasar memberi keadilan kepada semua dan membawa reformasi pilihanraya yang bersih

4. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Manifesto Rakyat Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang memberi gambaran jelas komitmen kepada keadilan untuk semua dan pilihanraya yang bersih dan adil

5. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani piagam bersama BERSIH2.0 yang memperjuangkan pilihanraya adil yang bersih

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, saya memohon supaya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara ini seperti berikut:

1. Apakah tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

2. Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?

Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam. Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin).

Kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh pimpinan PAS seperti Dr Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

17 comments:

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 11:01:00 AM GMT+8

    pakar strategi taik kucing...kehkehkeh

  • Pitam Sink says:
    July 30, 2014 at 11:22:00 AM GMT+8

    Ahli Parlimen Pondan.. opss.. Pandan! he he!

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 11:53:00 AM GMT+8

    Lawak hari raya

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 12:22:00 PM GMT+8

    Bungkus lah lu.sekolah kerajaan umno sponsor nak sombong.kerja syarikat GLC kerajaan umno tak sedar diri.

  • azlan aini says:
    July 30, 2014 at 1:25:00 PM GMT+8

    Sikit hari llagi menatang golongan mabuk tahi nih mesti salahkan Umno pulak... X caya korang tgok lh nanti

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 1:34:00 PM GMT+8

    Syukur alhamdullillah! Akhirnya Allah SWT jua yg menunjukkan jalan perpaduan ummah yg diimpikan oleh orang melayu dan pribumi!

    Pilih lah diantara kamu siapa MB selangor yg kamu ingin kan , kerana perjuangan nya untuk agama, bangsa dan tanahair!

    Kepada pembelot seperti Khalid gereja, mujahid, mat sabu, KJ, hishamuddin, malah zahid hamidi dan lain2 lagi, mungkin kamu semua boleh membentuk satu parti baru dengan pemikiran liberal dan tin kosong!

    Alhamdullillah! Alhamdullillah! Alhamdullillah

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 1:36:00 PM GMT+8

    I suspect dia ni secret spy/double agent UMNO. Sbb strategi semua backfire.

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 3:47:00 PM GMT+8

    Nilah namanya melayu barua, cina DAP semua tepuk tangan, tak sabar nak bubuh patung jadi ketua.

  • Pakdo Ka Lemek says:
    July 30, 2014 at 4:28:00 PM GMT+8

    Kenyataan Dr.Zuhdi adalah satu kenyataan seorang yang bersifat professional dan lebih realistik tentang keadaan. Jika kebenaran yang dinyatakan dan pendapat yang diluahkan itu terbit dari kesedaran dan keinsafan melihat beribu tubuh Islam Palestine disiat oleh peluru dan bom, syahid didalam menegak hak untuk ujud menyembah Allah swt....Maka aku orang pertama memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dr.Zuhdi, kerana anda sudah menjelaskan apa PAS perlu lakukan untuk Islam dan negara.

    Rakyat Palestine adalah pribumi, manakala Israel membentuk satu kuasa melalui konspirasi Kafir & Yahudi selepas WW3. Semua Yahudi bertaraf sengkek ditempatkan diSemenanjung itu dan dalam masa 2 generasi 70 tahun mereka telah menjadikan bumi Palestine sebagai neraka untuk Arab Islam.

    Apa beza dengan 800ribu tiongkok dan pariah yang didatangkan oleh East India Co. pada 1860 yang terpaksa diserap oleh pribumi Tanah Melayu diatas cagaran kemerdekaan ini? Selepas generasi ke3 mereka menghidu darah dan kuasa saperti sepupunya seberang Selat Tebrau itu...antara Palestine dan Malaysia, pencatur kuasa dan kemusnahan adalah orang yang sama.

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 4:28:00 PM GMT+8

    di jawab beb...

    http://www.malaysia-today.net/ustaz-sanusi-jawab-rafizi-dan-saifuddin/

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 4:29:00 PM GMT+8

    http://www.malaysia-today.net/ustaz-sanusi-jawab-rafizi-dan-saifuddin/

    dijawab beb

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 4:34:00 PM GMT+8


    Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato’) untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect…

    http://www.malaysia-today.net/ustaz-sanusi-jawab-rafizi-dan-saifuddin/

    Kena jawab beb?

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 8:16:00 PM GMT+8

    Dia ni kita gelar "Badut bodoh tak sedar diri" award 2014.

  • Anonymous says:
    July 31, 2014 at 12:29:00 AM GMT+8

    Ni la dia dinamakan petualang bangsa melayu dan agama islam mcm nuar brahim....sejarah akan membuktikannya....

  • kamal iskandar says:
    July 31, 2014 at 1:19:00 AM GMT+8

    Rahmat yg tersirat. Munkin

  • Anonymous says:
    July 31, 2014 at 11:15:00 AM GMT+8

    Setuju 1000%

  • Anonymous says:
    August 1, 2014 at 3:21:00 AM GMT+8

    Sila tepuk tangan tanya selera apabila Anwar Ibrahim masuk dalam penjara.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)