Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, July 30, 2014

DAP tunjuk 'act', Loke kata DAP tak perlukan PAS


Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi;

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.
 Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat

[Nota: Loke mahu memberitahu bahawa DAP tak perlukan PAS tapi PAS perlukan DAP untuk menang kerusi bawah Pakatan Rakyat. Kuasa undi cina lebbih kuat dari kuasa undi Melayu?]
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank” kepada PAS boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan “PAS for ALL”?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh “mengimaginasi” seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

-LOKE SIEW FOOK-

p?s dia lupa dap kalah di telok intan pasal undi PAS kepada dap menurun


8 comments:

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 3:41:00 PM GMT+8

    Haha best tak keldai kena herdik dengan tuan?
    Setakat buat senario jelah, dah tau PAS takde telor, ngangguk dengan DAP jelah, kesian, kena panggil racist lagi, best kan?

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 3:56:00 PM GMT+8

    Dapig dah kena jentik di Teluk Intan.
    Sekarang ni dah sampai masa untuk bagi side kick pulak .
    Fisabillah ... Allahuakhbar .

  • azlan aini says:
    July 30, 2014 at 4:48:00 PM GMT+8

    ... Kuat mu koya... anon july 30.
    Pas kalau balun umno dialah juara. Dalam isu laen penakut mengalahkan budak umur 7 tahun.

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 5:22:00 PM GMT+8

    Apa yang berlaku di Teluk Intan membuktikan sebanyak mana Dapig mendakwa mereka tidak rasis tetapi corak pengundian Membuktikan sebaliknya. Kali ini mereka ulanginya lagi...tuding jari pada Pas.

    Sikap hipokrit ini bukanlah terpencil malah melata dalam kalangan Dapig2. Antara yang jelas dan ketara ialah twit srikandi Dapig yang bercerita tentang puasa, nasi lemak di pagi raya, bak kut tea dan untuk cover line diakhiri dengan makan ketupat dan rendang.

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 5:28:00 PM GMT+8

    Parti tunjang wajib bagi PAS.

    Kalau tak wajib tu macam kata Khalid Samad, orang kristian boleh mensyirikkan nama Allah sebab itu hak mereka. PAS tidak mampu berbuat apa-apa.

    Selagi tak jadi parti tunjang, selagi itulah semuanya hampeh.

  • Anonymous says:
    July 30, 2014 at 9:06:00 PM GMT+8

    Woi bahlul apa yg fisabillah....umno tu lagi teruk penipu...penyagak. habis duit rakyat di sebat oleh kaum keluarga umnok

  • Anonymous says:
    July 31, 2014 at 12:12:00 AM GMT+8

    Anon 9.06 kau ni gila ke hape???

  • Anonymous says:
    July 31, 2014 at 11:11:00 AM GMT+8

    Anon 9.06 tu dah lama kena liwat dgn ANUur sbb tu melatah x tentu pasal. UMNO tetap yang terbaik untuk org Melayu dan Islam.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)