Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, September 29, 2011

Zul Kulim buktikan Nik Aziz Cakap Kosong Tentang Hudud

(Alamak Jah, jangan dema nak test hudud dengan kes Saiful-ChinaDOLL-Pluralisma sudah..mampos aku Jah..mampooss akuuuu!!!)

Pagi ini satu Malaysia dah tahu PAS tak mampu laksanakan DAP kerana takut dengan DAPig. Unspinners juga tertarik dengan penerangan Zulkifli Nordin tentang hudud yang mana beliau betul-betul faham berbanding dengan orang yang menjadi ahli parti Islam tetapi menyokong filem nasi lemak 2.0 yang mana pengarahnya dulu pernah menghina azan seumpama kokokan Ayam.

Zulkifli Nordin tulis, kita ringkaskan :

1. Islam ada banyak cabang antaranya jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam!!!

Sepatutnya kita semua patut bercakap tentang perlaksanaan sistem jinayat Islam, bukan khusus hudud sahaja. Dan sistem ini merangkumi banyak cabang, undang-undangnya, kehakimannya, kepolisiannya, penguatkuasaan dan perlaksanaan hukumannya dan banyak lagi!

2. Kedua, kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau pun Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ia tidak boleh laksanakannya.

3. Berbalik kepada isu utama perlaksanaan undang-undang jinayat Islam, perlaksanaan undang-undang jinayat Islam di Kelantan adalah satu perubahan besar kepada sistem undang-undang negeri Kelantan.Satu pungutan suara perlu dibuat untuk isu ini.

4. Bagi maksud itu, teman cadangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan supaya mengadakan tempoh moratorium dalam beberapa bulan untuk memberikan siri penerangan dan taklimat untuk meyakinkan rakyat Kelantan tentang perlaksanaan undang-undang jinayat Islam ini. Dan tanggungjawab memberikan penerangan dan penjelasan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan.

5. Diwaktu yang sama, dan berdasarkan andaian rakyat Kelantan menerima cadangan perlaksanaan undang-undang jinayat Islam itu, maka Kerajaan PAS Kelantan bertanggungjawab untuk menyediakan prasarana perlaksanaannya.

6. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana kepolisian syari'e bagi tujuan penyiasatan dan lain-lain, termasuk penyediaan badan saperti bahagian forensik, kimia, perubatan dan lain-lain.

7. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana pendakwaan syari'e yang professional dan bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini.

8. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana perlaksanaan hukuman, saperti Jabatan Penjara Malaysia.

Mampukah Kerajaan Kelantan yang sediakan semua prasarana ini?

RUMUSAN

Jadi yop, daripada kupasan diatas, jelaslah sebenarnya tanggungjawab kepada perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini terletak kepada bahu Kerajaan PAS Kelantan sendiri, bukannya Kerajaan Persekutuan. Dan daripada kupasan diatas, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini bukan boleh main cakap kosogng sahaja, ianya datang dengan tanggungjawab. Dan ia memerlukan masa untuk membuat persediaan yang mencukupi. Cuma persoalan yang kita nak tanya yop, apa Kerajaan PAS Kelantan buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan ni yop?.

Dan setelah semua itu selesai, mungkin Kerajaan PAS Kelantan boleh menimbang untuk melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman jinayat Islam ini dalam aduan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful, dan aduan kes videoklip China-DOLL oleh Datuk Eskay, dan tak lupa kes fahaman pluralisma Anwar Ibrahim. Ini baru dikatakan ikhlas dan tegas, saperti sabda Nabi saw, "jika Fatimah yang mencuri, demi ALLAH akan kupotong tangannya!!!".


Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Syawal 1432
26 Sept 2011

Boleh baca sepenuhnya di blog Zulkifli Nordin di sini. Baca juga artikel Taipingmali dan Pengundi Sungai Rapat di sini dan sini.

11 comments:

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 12:41:00 PM GMT+8

    aku gerenti 1000% puak ahlul bahlul PAS tak akan paham ngan penerangan ni...

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 12:49:00 PM GMT+8

    jangan lupa qazaf untuk mat sabu kerana pernah menfitnah anwar ibrahim meliwat tanpa 4 saksi yang adil, juga kerana mat sabu pernah berzina dengan isteri orang di KOTA BAHARU, NEGERI SERAMBI MEKAH PAS, tempat undang-undah isle versi pas akan dilaksanakan. bersama-sama notarium itu pas juga hendaklah membentangkan draf pertuduhan hudud kepada mat sabu dan bagaimana di mana mat sabu menjalani hukuman hudud juga hendaklah turut dibentangkan. sekiranya tidak bagi aku hukum hudud pas hanya umpan untuk pancing undi sahaja.

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 12:49:00 PM GMT+8

    Tok Guru tahap bangkai dulu klu tak boleh laksana hudud ckp Dr M tak bagi skang ni kroni parti sendiri tak bagi To Guru Pluralisma Anwar dan Tok Guru Lim sendiri yang tak bagi...Takot hudud macam takot jumpa hantu...kg ni hantu dua ekor kroni sendiri dalam Pakatan pun lagi takot.... kah kah bongok penakut tahap cipan kah kah wooiit kah kah kah muda2 tak nak mampos dah tua menyusahkan orang kah kah wooitt...

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 1:09:00 PM GMT+8

    Jika hudud hendak dilaksanakan di Kelantan sahaja, apa akan terjadi jika orang Kelantan mencuri di KL, orang Pahang mencuri di KB, orang Cina mencuri harta orang Islam di Kelantan dan sebalik nya. Begitu juga dengan kes zina yang besifat cross border dan cross ethnic dan agama. Maka jelaslah ulama muktabar berkata perlaksanaan hukum hudud perlu saksama, iaitu tidak boleh diskriminasi antara daerah, negeri dan agama.
    Nik Aziz sebagai orang awam tidak layak membuat ijtihad sendiri. Ini biasanya dilakukan oleh pengikut fahaman wahhabi.

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 1:11:00 PM GMT+8

    PAS is dead... tak boleh di tolong lagi ....atau di baik pulihh ...Yang boleh hanya untuk di talkinkan .... Innalillah...

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 2:03:00 PM GMT+8

    Tok NIk masa di akhirant nanti kalau allah tanya nape tak laksane hudud jngan ckp Mahathir tak bagi salah tu jawap je kroni aku Anwar dan Lim Guan Eng tak bagi abis nak wat camana.....?agak agak lepas je tok nik jawab cam tu malaikat nak campak ia kat mana...sorgaa ke naraka....sapa boleh settelkan masalan ni...

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 3:02:00 PM GMT+8

    Kalau laksana hudud Mat Sabu yang kena dulu .Buka fail semula ,kalau ada bukti kuat Mat Sabun kena rejam sampai mati . Pok nik ni kalau dia mati kerana nak laksana hudud atau ditangkap dan mati kononnya orang UMNO yang buat maka syorga bulat-bulat untuk pok nik .apa mau lagi. kalau dah tak boleh jangan sekali-kali salahkan orang .

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 4:05:00 PM GMT+8

    masalahnye diorg sendiri tak tahu intipati hudud itu sendiri dan perlaksanaannya..

    benar ape yg YB zul katakan, undang2 islam bukan hudud sahaja, tapi ade tazir dan qisas..

    PAS hanye tahu -- mencuri potong tangannya, kalu berzina, hukum rejam sampai mati..tp mereka tak tahu bagaimana nak sabitkan hukuman2 itu berdasarkan hukum2 tazir and qisas..

    hudud itu sendiri bermaksud--mencegah..kira hukuman paling maksima yg boleh dikenakan, tertakluk kpd pembuktian2 yg tidak ade langsung cacat celanya..

    bukti video adalah besi, jd tidak boleh dihukum rejam --ini dah jelas kedangkalan PAS --kerana hukuman tazir membenarkan kesalahan dijatuh hukum berdasarkan pembuktian2 yg lain, dan hukuman2 yg berbeza dari hukum hudud itu sendiri..

    BODOHNYA LA PENGANUT2 PAS YG KENA TIPU>>

  • Anonymous says:
    September 29, 2011 at 10:09:00 PM GMT+8

    SAYA TELAH MEMBACA POSTING ZULKIFLI NORDIN MENGENAI HUDUD. SANGAT JELAS DAN INFORMATIF. ADAKAH NIK AZIZ ATAU HADI TAHU SPT APA YG DIJELASKAN OLEH YB ZUL?

    SAYA YAKIN POK NIK TAHU, HADI JUGA TAHU, TETAPI WANG, KUASA DAN PUTRAJAYA PUNYA PASAL MEMBUATKAN MEREKA LUPAKAN SEGALANYA. JIKA APA YG DIKATAKAN OLEH YB ZUL ITU BETUL MAKA TEPAT DA TERANG NYATA BAHAWA SLOGAN HUDUD ITU CAKAP KOSONG DAN BOHONG SEMATA. TIDAK ADA SEBARANG USAHA PUN DIBUAT UNTUK PERSEDIAAN UTK MENJALANKAN HUDUD.

    YG SEDIHNYA BILA MEREKA TIDAK BERUPAYA NAK MELAKSANAKAN APA YG DIKATAKAN MAKA MULALAH NAK MENYALAHKAN ORANG DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN, POOOOORAH TOK GURU.

    SAYA SELAMA INI TERTIPU DAN TERPENGARUH JUGA DGN APA YG MEREKA KATA, MAKLUMLAH LENGKAP DENGAN SUMBER HADIS AYAT2 SUCI ALQURAN, TETAPI MEMBACA POSTING YB ZUL MEREDAKAN KEKELIRUAN SAYA.

    ULAMA UMNO PERLU BANYAK MEMBUAT PENERANGAN SPT POSTING ITU, MENGENAI ISU AGAMA YG MENGELIRUKAN YG DITIMBULKAN OLEH PIHAK PAS, JANGAN ASYIK MENGIRA DUIT SAHAJA. JANGAN BIARKAN ULAMA UMNO DIHINA DENGAN ISU2 TAK RELEVEN OLEH PUAK PAS TETAPI TAK MAMPU DITEPIS OLEH CERDIK PANDAI UMNO. LUPAKAN DULU SOAL NAK KAWIN SATU DUA LAGI WAHAI ULAMA UMNO.

  • Anonymous says:
    September 30, 2011 at 11:12:00 AM GMT+8

    haha,

    oi bodoh2 semua.Yang kecoh2 sekarang ni sbb UMNO cucuk jarum sbb buat Hari Hudud la.

    Hari hudud ni PAS wat setiap tahun utk bagi penerangan pd rakyat.Wat diskusi n forum.

    Zulkifli Nordin tayah ckp pandai la.dia sendiri tahu apa yg Kltn dah wat.

    Nak forensik ape nye katak.Isu n tech yg dipakai sama saja mcm yg dah ada.Bukti2 yg ada tetap tetap terpakai.

    Isu terbesar sbnarnya, andai dibawa ke parlimen pindaan yg bolehkan hudud dijalankan, adakah MP UMNO akan sokong.

    N please jgn tanya bab kalau dia org pahang wat salah kat kltn bagai.Stupid sgt soalan tu.

    Skang unspinner kalau reject hudud ckp awal2.Mudah maa.tayah dolak dalih n tayah wa nak tulis comment yg takan keluar ni

  • Anonymous says:
    October 1, 2011 at 12:45:00 AM GMT+8

    Gerenti PAS tak mampu laksanakan Hudud, depa pun tau. Bro, dia orang jamban kat masjid pun tak boleh uruskan, amacam pula nak laksana hudud.

    Apa pun kat Kelantan tu pun bukan wujud sangat suasana Islam, sembahyang berjemaah pun kantoi, kalau 5% atau 10% sahaja jantan jantan Kelantan boleh sahut seruan azan, gagal lah Islam kat Kelantan.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)