Monday, December 27, 2010

20 liter free tak dapat, air pun tak ada


Khalid Gagap dok sibuk membuat huru hara di KL baru2 ini kononnya nak bela rakyat Selangor mengenai isu air, rakyat di Selangor terus dibiarkan menderita.

Baru2 ini kita dikhabarkan mengenai penghuni Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang yang dihimpit kesusahan. Mereka bukan sahaja tidak diberi bekalan 20 liter padu air percuma, malah penghuni2 tersebut menghadapi masalah air sejak berbulan2 yang lalu.

Lebih 120 keluarga yang menetap di Pangsapuri tersebut telahpun membuat aduan melalui Biro Aduan ADUN Kawasan sejak sekian lama, namun tiada maklum balas sehingga hari ini. Lebih menyeksakan, mereka dipaksa membayar wang penyelenggaraan berjumlah RM 55 yang sememangnya membebankan mereka yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Bukan masalah air sahaja yang menyeksa mereka, keadaan lif di Pangsapuri yang terlalu usang dan rosak juga merumitkan keadaan. Bayangkan bagaimana warga emas dan OKU yang rata-rata tinggal di kawasan tersebut terpaksa menggunakan tangga. Ya Allah, seksa.

Di mana janji Kerajaan Negeri? 20 liter padu air percuma? Ke Arah Negeri Berkebajikan? Mana? Dok sibuk berdemonstrasi menyalak terpekik sana sini konon nak bela nasib rakyat. Apa yang dibela sebenarnya? Semua ni politik sahaja.

Tak salah jika hendak berpolitik. Tapi ingat, kekuatan politik terletak pada manifesto dan janji2 semasa pilihan raya. Jika ianya tidak ditunaikan, bagaimana hendak menguatkan jentera politik bagi membela rakyat? Ini semua nak rompak wang rakyat semata2.

Gelombang Rakyat

7 comments:

  • Gelombang Rakyat says:
    December 27, 2010 at 11:54:00 PM GMT+8

    JUTAAN TERIMA KASIH kerana melampirkan artikel saya.

    Isu ini MESTI dihebahkan kerana inilah sebenarnya kezaliman yang telah dilakukan Kerajaan Selangor.

    TQ Bro...

  • Mat Cendana says:
    December 28, 2010 at 5:35:00 AM GMT+8

    Terima kasih kerana perhatian anda. Sebagai Senior Public Relations Chief Professional Executive bagi Tan Sri Khalid, saya ingin menyampaikan response dari beliau tentang hal air ni:

    1) Memandangkan sekarang ni musim tengkujuh, cari baldi dan tong dan tadahkan semasa hujan. Masa kemarau nanti, jangan bimbang - kami akan panggil orang-orang PAS sembahyang hajat untuk hujan.

    2) Jangan bazir air kencing!...gunakan untuk siram bunga.
    3) Kalau keadaan bertambah buruk, pindah lah ke negeri lain.

  • gagasan_warisan says:
    December 28, 2010 at 8:25:00 AM GMT+8

    Anjing salak bukit...

  • Anonymous says:
    December 28, 2010 at 8:34:00 AM GMT+8

    budus punyer umno...... menyalak tak tentu pasal...

  • Anonymous says:
    December 28, 2010 at 8:56:00 AM GMT+8

    Idea Luar Biasa/Tabii?

    Tidak ada individu/puak yang tidak suka mendapat benda percuma. Cuma kadangkala ego sebesar gunung membuatkan seseorang itu berasa malu untuk menerima perkhidmatan/barangan secara percuma.

    Bagi pihak yang kais pagi makan pagi... tidaklah mudah berasa tersinggung kalau dibantu dalam hal tertentu tetapi bagi kalangan yang berada di atas, ada masanya berasa tersinggung kalau diarah-arah menerima ehsan dari golongan yang di bawah.

    Yang hairannya, dalam urusan air, ada pemerintah yang melihat rakyat di negeri yang sudah maju lebih layak mendapat kebajikan berbanding marhaen dari negeri yang lebih mundur. Ini menunjukkan percuma tidak berakhir dengan kesaksamaan malah bakal menimbulkan polemik.

    Kah-Kah-Kah

  • Anonymous says:
    December 28, 2010 at 12:44:00 PM GMT+8

    meter padu

  • Anonymous says:
    December 28, 2010 at 8:53:00 PM GMT+8

    kene tipu bulat2 oleh si khalid. hahahaha.....tu pun bodo lg ... nak sokong pr lagi....patut pakat ramai2 bakar patung khalid depan pkns kompleks.....

fda

Link2Me WeLinkBk (254)